maafkan aku,
membuat kau berduka,
bergenang air mata.
kadang aku terlupa,
alpa untuk merasakanmu,
obses kerana cuba membahagiakanmu.
silapku cuba mentafsir,
sedangkan bukan itu dipinta,
hanya kesetiaan dan kasih tiada hingga.
maafkan aku,
perkataan ku tak selalu menggambarkan niat sebenarnya,
cara yang datang dari pandangan yang berbeza.
ada satu perasaan yang tidak ku fahami,
tenang bila kamu disisi,kosong bila kamu tiada,
emosi mengalahkan logika.
bila malam jiwa berontak,
kudengar anjing menyalak,
kulihat bintang berubah tempat.
aku rindu kamu.
sungguh.
Saturday, January 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
i truly love tis piece!
asam pedas kembung
hehe.thanks so much apk.
im happy u love it
Post a Comment