Showing posts with label Puisajadahharam. Show all posts
Showing posts with label Puisajadahharam. Show all posts

Friday, February 15, 2008

aku penat

Bila kusut, semua serabut, kecamuk, amuk, remuk.
Tali fikiran terbelit, sulit.
Hati resah. Mencari ketenangan yg nilainya emas pun tidak bernilai
Aku mahukan kesunyian, ketenangan, jauh dr keduniaan
Seperti kartun jepun yg pantainya bersih, anginya sepoi2 bahasa mencium pipi hangat dibakar terik sang merah, ditemani gadis manis berlesung pipit.

Kusut, kusut.
Dinding2 memanggil cawan didepanku agar dihempas didadanya.
Padang luas minta dipecahkan gemanya.
Rambut kusut minta ditarik2, dicarik2, digenggam kuat.

Dunia terasa hambar, kosong, bosan, perih, berdarah, bernanah, luka dimana2.
Di saat inilah hati sedih,sunyi, rindu, kalut.
Dambakan saat kelmarin berulang kembali, mahukan petang jingga yg tidak berkesudahan, taulan yg memahami, gelak ketawa si dia, rokok Dunhill, teh O panas, sawah yg terbentang, dan sungai yg cetek dgn ikan2 kecil bergurau.

Thursday, February 7, 2008

Amygdala Yang Terganggu

Gadis cantik bermata biru berhidung mancung,
Kau buat aku berdarah hidung,
Peha putih, Betis bunting,
Kaki panjang, Rambut perang,
Tubuh bergetah gebu matang.

Nama seindah rupa,
Panas, hangat, nafsu membuak di dada,
Kau curahkan hangat air asmara,
Kau petikkan ranum buah cinta,
Ketika berahi kehausan dara,

Tidak salah dan ragu lagi
Kau adalah salah satu bidadari,
Yang tujuh benihnya tercampak dari syurga Ilahi,
Kerna hati dan jasadku kini tergari,
Mengenangkan tubuh dan parasmu setiap hari.

Ironinya jiwa kita tak akan bersatu,
Walau itu mahuku dan impimu,
Bukannya hati dan nurani ini yg ragu.
Tetapi mereka yg tua pasti tidak akan merestu,
Kerana falsafah dan fahaman yg berdebu,

Mungkin ini semua hanya ilusiku,
Fantasi hangat malam sabtu,
Mungkin kau mmg berhantu,
Seperti khabar pujangga pilu,
Atau sebenarnya hanya amygdalaku yg terganggu,


Priscilla's