Tuesday, January 19, 2010

heaven is where heart stays

Dunia Kami

Hidup di desa dikatakan sulit,
Keliling getah dan kelapa sawit,
Bersimpang siur sungai dan parit,
Tanam merah, jalan sempit.
Simpang empat, markas perempit.

Mengenal dunia bersama rakan,
Meracik ayam dan melaga ikan,
Menjala udang mendayung sampan,
Biji kacang, senapang papan.
Sehingga senja berperang di hutan.

Masih kami ingat lagi dahulu,
Awal pagi dikejutkan oleh ibu,
Dicubit di punggung dipaksa keluar kelambu,
Air paip yg sejuk mengigit-gigit pipi gebu,
Baju putih, seluar biru, makan cucur, minum susu.

Kami masyarakat yg hormatkan waktu senja,
Waktu jingga yg dilarang berkerja dan berjaja,
Bukan spt org2 mereka yang ketika itu masih bermain dan bersahaja.
Yg muda melongok dihadapan peti kaca yg dipuja,
Yg tua keparat melangut menghirup kopi sejuk di keliling meja.

Hidup tenang walau makan kurang,
Hidup aman walau harta lubang,
Bersatu padu tiada yg curang,
Yg salah sama dilarang,
Yg jaya sama digirang

Kami sayangkan sekolah kayu setingkat
Kami cintakan padang takraw bersimen kasar dan likat,
Kami gembira dgn padang bola sepak yg sopaknya padat,
Kami erat berkumpul di balai raya reput,
Kami bertoleransi dgn jalan tanah merah semput.

Disinilah dunia kami,
Tanah dimana kami mula bernadi,
Dan bila smpi masanya nanti,
Biarlah tanah ini tempat kami bersemadi.

Friday, January 15, 2010

Kembara

Kau pun tahu yg setiap dari kita adalah pengembara,
laluan kita rentasi semestinya berbeza,
jangan kau kalah ketika di lurah, jangan kau bangga ketika di puncak,
bukan mahu disanjung bukan minta diinjak,
destinasi tujuan yangg tidak kelihatan tapi kewujudannya pasti,
biar patah sayap jangan lumpuh semangat,
apa pun jua kita akan terus mengembara untuk melengkapkan sebuah cerita.

the scarriest thought

maybe it is not about being the best or getting the best,
but maybe finding the little thing that gets u thru the day,
weather the support of someone who close to u,
or getting yourself overwhelmed even only for a moment,
or being selfless once in a while,
i dont know,
i guess in the end it is all about surviving,
in anyway u can.

Sunday, January 3, 2010

but honestly,

Kamu,
Aku tidak sama sekali menjanjikan separuh dunia,
Aku bukanlah perwira juga bukan seorang pujangga,
Tapi aku cuba memahami kehidupan sebaik mungkin.
Merayakan dan mendalami Kehebatan Cinta.

Kehadiranmu menggoncang dunia kalutku,
Bagaikan melengkapkan kepingan2 yang hilang,
Kamu isikan jiwa, nuraniku dengan pandanganmu yang ikhlas,
Berserta senyuman manis yang membuatkan ku kacau.

Benar, perasaan ini ku pernah lalui duhulu,
Tapi kali ini ianya lebih kuat dan menggila.
Ketiadaanmu menguji kewarasanku.
Ada pelbagai kamu di fikiran ku selalu.

Kamu ajarkan aku kehebatan cinta,
Betapa cinta itu dipupuk, dibantu dan diusahakan,
Kerna cinta adalah definisi seorang manusia,
Ianya se-subjektif fikiran dan perasaan dua insan.

Keranamu, setitik kebahagiaan kini melaut,
Sebutir harapan kini menggunung,
Sebuah kejatuhan kini membangun,
Mimpiku indah walau di siang hari.

Satu yang pasti kujanjikan,
Akan ku jaga kamu dan hatimu dengan cinta yang melimpah,
Bahu yang setia dan sedia untuk kamu menangis,
Lengan yang bisa saja untuk kamu terlelap.

I fall in love with you just now when I see you playing with your hair,
I fell in love with you yesterday when I saw you were wondering,
I am falling in love with you now as you are talking to me.
and I am sure I will definitely fall in love again when I see you smile tonight.

Let's do this together till the last dying breath.
The past is a bygone, the future is a strangely beautiful surprise but the present is ours to celebrate,
Let's define everything as we slowly walk thru this challenging path.
to the place where the grass is greener and the night is longer.

Honestly, I'm sooo in love with you,
and I am drowning in it as I can't feel the ground,
Would u,my dream girl, take my hand
and get drowned with me?

Saturday, January 2, 2010

aku.cuba.fahami.kamu

maafkan aku,
membuat kau berduka,
bergenang air mata.

kadang aku terlupa,
alpa untuk merasakanmu,
obses kerana cuba membahagiakanmu.

silapku cuba mentafsir,
sedangkan bukan itu dipinta,
hanya kesetiaan dan kasih tiada hingga.

maafkan aku,
perkataan ku tak selalu menggambarkan niat sebenarnya,
cara yang datang dari pandangan yang berbeza.

ada satu perasaan yang tidak ku fahami,
tenang bila kamu disisi,kosong bila kamu tiada,
emosi mengalahkan logika.


bila malam jiwa berontak,
kudengar anjing menyalak,
kulihat bintang berubah tempat.

aku rindu kamu.
sungguh.