Friday, February 22, 2008

Hey, we can totally do these

*Leave her cute text messages.

*Kiss her in front of your friends.

*Trust her over everyone else.(so true)

*Tell her she looks beautiful.

*Look her in the eye when you talk to her.

*Tell her stupid jokes to make her laugh.

*Let her mess with your hair.

*Mess with HER hair.

*Just walk around with her.

*Include her in most things you do.

*When she cries do whatever to make her smile.

*Forgive her for her mistakes.

*Look at her like she's the only girl you see.

*Tickle her even if she says stop.

*Hold her hand even when you are around your friends.

*When she starts swearing at you tell her you love her.

*Let her fall asleep in your arms.

*Get her mad, then kiss her.

*Tease her and let her tease you back.

*Stay up with her all night when she's sick.(aww...)

*Watch her favorite movie.(dis one sgt sweet okayy)

*KiSS HER FOREHEAD.

*Give her the world.

*WRiTE HER LETTERS.

*Let her wear your clothes.

*When she's sad, hang out with her.

*Let her know she is important.

*Let her take all the photos of you whenever she wants.

*Kiss her in the rain.

*And when you fall in love with her, tell her.

*And when you do tell her.. Love her like you never loved before.

Girls = Best Creation of God.Hands down.

Saturday, February 16, 2008

I call you on a tin-can phone

Stupid Cupid:

Aku dah elak bila kau lepaskan panah itu,
Namun matanya tajam terhiris dadaku.

Aku bukan tidak suka pada 'cinta'.
Tapi aku benci pada 'rindu'.

Perempuan/Wanita:

Jangan buat aku begini,
Hari aku muram,
Jiwa aku kacau,
Ada kau dalam aku.

Ketidakpastian?,
Ku jawab sendri,

Jika Hati ini Baju Putih,
Rindu itu Cecair Nila,

.........

Tolonglah, Datanglah walau seketika,
Aku cuma ingin melayang direnung matamu.

Friday, February 15, 2008

aku penat

Bila kusut, semua serabut, kecamuk, amuk, remuk.
Tali fikiran terbelit, sulit.
Hati resah. Mencari ketenangan yg nilainya emas pun tidak bernilai
Aku mahukan kesunyian, ketenangan, jauh dr keduniaan
Seperti kartun jepun yg pantainya bersih, anginya sepoi2 bahasa mencium pipi hangat dibakar terik sang merah, ditemani gadis manis berlesung pipit.

Kusut, kusut.
Dinding2 memanggil cawan didepanku agar dihempas didadanya.
Padang luas minta dipecahkan gemanya.
Rambut kusut minta ditarik2, dicarik2, digenggam kuat.

Dunia terasa hambar, kosong, bosan, perih, berdarah, bernanah, luka dimana2.
Di saat inilah hati sedih,sunyi, rindu, kalut.
Dambakan saat kelmarin berulang kembali, mahukan petang jingga yg tidak berkesudahan, taulan yg memahami, gelak ketawa si dia, rokok Dunhill, teh O panas, sawah yg terbentang, dan sungai yg cetek dgn ikan2 kecil bergurau.

Monday, February 11, 2008

Ku Tabur Gula di Bibir

"Do you know what is the difference between pretty and beautiful?"

"tell me about it."

"Flowers are pretty and Sunset is beautiful,
but you...you are painfully gorgeous."

"hehe..sweet talker"

Saturday, February 9, 2008

Why everyday is not saturday

"Bukan emas atau wang,
Bukan wanita perang atau coklat,
Bukan separuh dunia
Aku mahukan segumpal confidence,
mungkin juga semangkuk dua subconciouness."kata beliau

Jaco

Thursday, February 7, 2008

Amygdala Yang Terganggu

Gadis cantik bermata biru berhidung mancung,
Kau buat aku berdarah hidung,
Peha putih, Betis bunting,
Kaki panjang, Rambut perang,
Tubuh bergetah gebu matang.

Nama seindah rupa,
Panas, hangat, nafsu membuak di dada,
Kau curahkan hangat air asmara,
Kau petikkan ranum buah cinta,
Ketika berahi kehausan dara,

Tidak salah dan ragu lagi
Kau adalah salah satu bidadari,
Yang tujuh benihnya tercampak dari syurga Ilahi,
Kerna hati dan jasadku kini tergari,
Mengenangkan tubuh dan parasmu setiap hari.

Ironinya jiwa kita tak akan bersatu,
Walau itu mahuku dan impimu,
Bukannya hati dan nurani ini yg ragu.
Tetapi mereka yg tua pasti tidak akan merestu,
Kerana falsafah dan fahaman yg berdebu,

Mungkin ini semua hanya ilusiku,
Fantasi hangat malam sabtu,
Mungkin kau mmg berhantu,
Seperti khabar pujangga pilu,
Atau sebenarnya hanya amygdalaku yg terganggu,


Priscilla's



Si Jelita

"Si Jelita Menggulung Langsir,
Di Dalam Kegelisahan,
Air Mata Berlinangan,
Entah Siapa Dibencinya."

kau tidurkan aku smlm

Wednesday, February 6, 2008

Tylenol dan Vicks

Sakit dan sepi,

Aku sendiri,

Pil Tylenol aku makan,

Ubat Vicks aku telan,

Kepala pening,

Hati runsing,

Tekak kering dan sakit,

Hidung sesak dan perit,

Adat hidup berdikari,

Semua benda buat sendiri,

Sakit susah xsiapa tahu,

Sendiri urut kepala dan bahu.

Dengar lagu lama,

Tenangkan jiwa,

Lepak sambil ternganga,

Perut lapar, tiada selera.

Ingat kampong, sayu terasa.