Thursday, February 7, 2008

Amygdala Yang Terganggu

Gadis cantik bermata biru berhidung mancung,
Kau buat aku berdarah hidung,
Peha putih, Betis bunting,
Kaki panjang, Rambut perang,
Tubuh bergetah gebu matang.

Nama seindah rupa,
Panas, hangat, nafsu membuak di dada,
Kau curahkan hangat air asmara,
Kau petikkan ranum buah cinta,
Ketika berahi kehausan dara,

Tidak salah dan ragu lagi
Kau adalah salah satu bidadari,
Yang tujuh benihnya tercampak dari syurga Ilahi,
Kerna hati dan jasadku kini tergari,
Mengenangkan tubuh dan parasmu setiap hari.

Ironinya jiwa kita tak akan bersatu,
Walau itu mahuku dan impimu,
Bukannya hati dan nurani ini yg ragu.
Tetapi mereka yg tua pasti tidak akan merestu,
Kerana falsafah dan fahaman yg berdebu,

Mungkin ini semua hanya ilusiku,
Fantasi hangat malam sabtu,
Mungkin kau mmg berhantu,
Seperti khabar pujangga pilu,
Atau sebenarnya hanya amygdalaku yg terganggu,


Priscilla's



No comments: