Saturday, March 22, 2008

"my gift is my song, and my song is for you"

Tidak kulihat marak api cintanya,
Tapi kurasa hangat haba kasihnya,
Apa yg cuba kau sembuyikan hawa?
Jgn seksa lagi batinku yg kecewa.

Hari-hariku semakin indah tiada lagi sepi,
Ku dgr kembali kicau burung di awal pagi,
Ku rasa kembali bayu lembut mencium pipi,
Ku lihat kembali awan2 biru berbentuk hati.

Semuanya sejak ku sedar kehadiran dirimu,
Walaupun hakikatnya kau sentiasa berada di hadapanku,

Wajah nan ayu menakik kalbu,
Mata yg nakal memarakkan asuku,
Senyuman bak pedang tajam,
Menawan tp menikam kejam.
Dirimu umpama bidadari trn dr syurga,
Indah,cantik,menawan,…. menduga.
Sebenarnya, perwatakkanmu yg terus menundukkan ku,
Persamaan, perbezaan, keinginan, pengakuan, impian dan tingkah laku.

Cinta itu buta?cinta itu pekak?
Tidak.
Cinta itu bermata, berhati, bernurani,
Cinta itu menilai,dinilai, memahami dan difahami.

Cinta subur atas tanah kepercayaan yg dibajaki,
Dibajai bangkai keegooan dan disirami air kerinduan,
Bisa kita petik buah cinta itu bila ianya ranum.

Ku pasti kau akan tetap jadi milikku,
Kerna Ku tahu kau rasakan apa yg kurasa

Mimpi selalu indah,
Pagi selalu cerah,
Bintang selalu terang,
Hati selalu girang,
Kerana kau ada aku,
dan aku ada kau.

4 comments:

betty said...

your words sound so green.
haha

the artist and i said...

global warming = green

hehe

angel from hell said...

30 march 2008.7.41 pm waktu malaysia.
arini aku br tahu kau ada blog!
haha

angel from hell said...

im nt doing so well
its been "raining" 4 d past 3 months..huhu

me too dude
kinda miz ya comments
huhu
tot u hilang oredi
tgk2 ade blog
huhu